Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie First Birthday tickers

11 Jul 2011

XPDC Kg Bantal...Part 1

Arini aku cuti..mujur gak aku cuti, klu x entah macamanelah aku nk kje, dgn sakit2 badan cmni..huhuhu...

Tanggal 8-10 Julai yg lepas, aku n group2 dri HoSHAS berjaya menjalankan misi kemanusiaan ke Kg Bantal, Ulu Tembeling..misi kemanusiaan ke???Ala2 ler kut..Kg Bantal merupakan salah satu kg di Ulu Tembeling, yg boleh dimasuki secara jalan darat or air (bot)..kalau ikut jalan darat hanya boleh dimasuki dgn kenderaan 4x4 sahaja kalau aku x silap..Bandar terdekat yg boleh mereka pergi adalah Jerantut, dan tentu sekali utk mendapat rawatan pakar perubatan, mereka perlu ke Hospital Jerantut (mostly pakar ker Hospital Jerantut adalah pakar secara visiting sahaja).

XPDC ni mmg besh giler..dlm nk masuk tahun ke5 aku di HoSHAS, inilah kali pertama misi besar2an di luar HoSHAS yg dijalankan..cetusan idea ni klu x silap dibuat oleh boss department aku, Dr Eshamsol..Boss aku mmg sukakan bende2 adventure sume ni..kalau x silap aku ler, seminggu sblum xpdc, boss aku dah bawak 1 family die pi berkhemah ke Kg Bantal terlebih dahulu..cayalah, Dr E!!!!

Dek kerana boss aku jua merangkap pengerusi xpdc ini, so, kami anak2 buah telah diberi peluang utk merasai jalan darat (waktu pergi) and jalan air (waktu balik)..hehehehe..shhhhhhh...

8hb tu, hari Jumaat...so, kami sume berkumpul kat HoSHAS seawal kul 6.45pagi...selepas pendaftaran, kami berkumpul ramai2 utk upacara perasmian..kenderaan 4x4 sebanyak 33 buah dan sebuah bas telah setia menunggu..sesiapa yg menaiki bot akan menaiki bas ke Kuala Tahan, dan seterusnya menaiki bot ke Kg Bantal...separuh peserta akan mengikut jalan darat, dan separuh lagi mengikut jalan air...

Sayang sungguh Kak Miah (kiri sekali) x dapat join kami..terpaksa tarik diri di saat2 akhir atas sebab2 tertentu..


Aku n Nona sempat 'peace' lagi..huahuahua

Kak Pah n Kak Wanie...even peknen, Kak Pah tetap join...lasak giler minah sorg ni


Tengah berkumpul...masing2 ada yg bawak kargo seperti peralatan dan ubat-ubatan..mujur kami dah selamat mengangkut kargo dlm kereta Dr E...hehehe



Masing2 khusyuk dengar taklimat dari Pengarah...


Sesi pelepasan bermula...


4x4 tersedia utk mengambil penumpang...

Maka...xpdc pon bermula

:::

:::

:::

Aku n Nona naik kenderaan yg sama dgn seorg doc from surgical dept (if i'm not mistaken)...kami bertolak kul 9.00pagi..Kami menyelusuri Kg Awah, seterusnya menghala ke Lepar Hilir...di Lepar Hilir, kami start meredah hutan secara konvoi..jumpe kg org asli, jumpe tempat pembalakan dan mcm2 lagi...






Yang paling syiok dgr experience pemandu kami tentang ekspedisi yg penah die ikuti dengan team2 beliau sebelum2 ni..yg penting die ckp,, jaga tutur kata dsb...kalau boleh jangan sebut nama binatang, dikhuatiri nanti 'dia' akan muncul..Nona tersebut harimau, pemandu membetulkan dgn menyebut "maybank"..terbahak2 kami dlm kete...pastu plak, gajah tu, dipanggil "org kuat"...

Kat sepanjang tepi2 jalan, banyak sungguh taik2 "org kuat'..pemandu penah ckp, kalau dah pukul 10 mlm ke atas, xleh memandu dah ke dalam, sbb "org2 kuat" akan mula keluar..perghhhhhh....kang x pasai2 carik nahas plok...

Dlm kul 12.15 tghari kami berhenti rehat kejap..kat tepi sebatang sungai...abis longgar 'skru2' kami..kah3..kene luruskan apa2 yg patut, makan sume arr dlu...


bersambung...........

1 comment:

  1. salam..maaf..
    nak bertanya..
    boleh saya dapatkan maklumat pasal kg bantal nie?
    contact no org2 kat sana..
    sebab cadangnya nak wat program untuk persatuan kat sne..
    harap dapat membantu..terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...