Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie First Birthday tickers

31 Jul 2011

Salam Ramadhan Kareem

Assalamualaikum sume...Salam Ramadhan Kareem buat semua yer...Alhamdulillah kerana kita masih dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ni...:



Tahukah Kita????

5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

BONUS 1:
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dari kasturi di sisi Allah

BONUS 2:
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka

BONUS 3:
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan di dunia dan akhirat)

BONUS 4:
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan

BONUS 5:
"Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus yang ke lima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w,: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatul Qadar?, Baginda menjawab, "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...