5 Feb 2012

Law Kana Bainanaa Al-Habeeb ( لو كان بيننا الحبيب )



Assalamualaikum wbt...Di sini den nk ucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam di seluruh tanah air...

Pernah x kawan2 tonton rancangan kat Tv Al-hijrah, "Law Kana Bainanaa"...Masya Allah, best nyer rancangan tu...satu lagi Fattabiouni, cite tentang sunnah2 Rasulullah SAW..

Lagu Law Kana Bainanaa Al-Habeeb mmg best..menyentuh jiwa...Andainya kita bersama Baginda Rasulullah SAW...

Marilah kita berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW...

Allahumma Solli A'la Muhammad Wa a'la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim..

Dalam suatu riwayat, Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail
A.S, telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari
sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti
kilat menyambar.

Berkata pula Mikail A.S. : Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari
telagamu.

Berkata pula Israfil A.S. : Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.

Malaikat Izrail A.S pula berkata: Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu
dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...